7 January 2019

BRACES ON FINALLY

Setelah sekian lama simpan hasrat nak pakai braces, akhirnya tercapai jugak. Aku tu just survey kat internet je nak cari klinik yang braces murah area kajang  ni then baru bandingkan mana yang terbaik dari segi harga.

Klinik pergigian dr smile 
 klinik ni banyak cawangan area semenyih, putrajaya, bangi dan sebagainya
 harga braces RM5500
 deposit RM 800 (promo) , deposit biasa RM1000 ++ kot
 tak termasuk kos cabut gigi, xray, acuan, scaling semua tu.
 kalau anggarkan secara kasar almost RM6000 kos
 montly RM200

Klinik pergigian dr leen
 klinik kat area jalan reko
 harga braces RM5000
 deposit RM800 (promo)
 consultation RM50
 tak termasuk kos cabut gigit, xray, dan semua
 monlty rm200

Klinik pergigian dr feeliz
 klinik area bandar tun hussien onn
 harga braces RM4500 (promo)
 deposit RM700 (promo)
 tak termasuk kos cabut gigi, xray dan semua
 montly RM150

Klinik pergigian kajang prima
 klinik area kajang semenyih
 harga RM5000
 deposit RM1000
 harga dah termasuk semua kos cabut gigi, xray, acuan, retainer
 montly RM200


So pilihan aku adalah klinik pergigian kajang prima. Aku pilih klinik tu sebab dah boleh bajet kos semua. Yang lain takut terlebih kos nak cabut gigi lah, xray lah bagai. So senang takyah nk pikir pikir dah harga kos lain.

Masa mula pergi klinik tu just nak confirmation je pasal harga then terus check gigi. Check gigi free ye untuk first time. Lepastu doktor cakaplah gigi aku berapa kena cabut. Doktor kata 4 batang kena cabut. Then doktor kata boleh kalau nak xray and buat acuan dulu dan time tu boleh bayar berapa2 dulu. Aku pun on jelah time tu. Dah xray and acuan doktor kata aku kena cabut 3 batang je. So next appoiment cabut pulak.

Masa appoiment nak cabut gigi. Nervous ohh. Aku just kena cabut 2 je untuk kali ni next masa nak pakai braces barut cabut satu lagi. Sebelum cabut doktor inject bius kat gusi kau. Aku rasa lebih 4 kali kot kena cucuk bius tu. After a few minutes rasa kebas mulut kau. Doktor cuci gigi dulu sebelum cabut tu. Dah tu baru cabut. Masa doktor cabut satu gigi tu tak rasa apa pun tahu tahu dah cabut. Lagi satu gigi tu sebab dia bagian ke dalam gusi sikit , yang tu terasa sikitlah  macam orang nak tarik gigi tapi sebenarnya sakit dia tak macam aku expect kan. Aku ingat sakit gila bebii. Rupanyaaa sakit geli geli je. Tapi after cabut doktor suggest makan ice cream nak biar darah berhenti and avoid makan yang panas.

Maka tibalah masanya hari braces on. Excited bakhang. Sebelum cabut gigi lagi sebatang tu. Doktor pasangkan bracket. 

Mula mula tu memang awkward gila ada benda tajam dalam mulut kau. Nak tutup mulut pun susah. Tapi takdelah sakit sangat. Dan bila bercakap, ada bunyi pelik sikit. Jadi pelat sikit. Tapi tak ketara sangatlah

So nilah hasil dia.
Sorry gigi ai tak shantik uolls


Lepas beberapa jam, aku try lah nak makan. Masa tu try roti dulu. Perghhh!! Sakit dia ngilu beb. Bila gigi atas berlaga gigi bawah nak ngilu terkata. Masa bercakap tak sakit pun bila makan lah azab dia.

Aku beli potato bowl kat kfc. Dia mash potato ada ayam kat atas. Aku try lah nak gigi ayam dia. Tak mampu oii. Mampu makan potato je.

Besoknya aku bangun nak gosok gigi tengok bracket paling hujung belah bawah gam dia tertanggal. Aku pun tariklah bracket tu sebab takut tertelan masa makan. Datang klinik ingat dia nak pasangkan balik bracket tercabut tu. Tapi doktor try takboleh dia bukak je pastu potong dawai terlebih. Next appoiment baru pasang balik kot.

Selang beberapa hari kemudian. Bracket tercabut lagi. Maigod. Harap next appoiment doktor tak marah.

For those yang niat hati nak pakai braces. Pakai je. Memang beauty is pain. Tapi sakit dia taklah seteruk yang aku imagine kan especially time cabut gigi tu. Cuma time dia bius je terasa ada orang cucuk gusi kau. Aku pakai braces bukan sebab fashion or trend. Tapi sebab aku nak betulkan gigi aku. Dari sekolah kot orang ejek ejek gigi aku. And aku takboleh brain budak budak sekarang ramai yang pakai just for trend padahal gigi dorang elok je. Aku kalau gigi cantik takdenya nak pakai braces ni. Buat bazir duit dan seksa diri je. Tak dapat makan dengan nikmatnya.

Okeylah see you guys kat next updates. Xoxo

26 July 2012

taniah ! anda terpilih !

taniah ! kerana aku telah terpilih, bukan semua yang dapat peluang keemasan ni. yang lain terpokek, terlolong nak dapat ni tapi aku.......... aku tak nak!!!!!!!!! aku tak mahu ini semua. aku target aku tak dapat but last-last dapat gak, so malang or lucky?? urm i don't know. mungkin ni takdir aku. mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. selama aku hidup 17 tahun ni, aku tak pernah berpisah atau berjauhan dari family. yes cause aku anak last yang manja and aku tak pandai nak berdikari, everything makyang sediakan untuk aku, even masak pun aku tak pandai, yes ! aku tahu aku teruk. tapi semua orang cakap PLKN ni best, best?? wadehell..=..="

reason why aku tak nak pergi PLKN:-
-risau nak pakai baju PLKN yang besar dari aku tuuu *kompom hodohnya
-aktiviti extreme yang akan dijalankan *aku tak aktif sukan n tak suka bersukan
-kawad *selama aku hidup ni, aku tak pernah berkawad, mana aku tahu nak berkawad cam gane
-muka akan terlebih kena sinaran UV *aku dahlah tak cerah bertambah gelaplah aku
-risau dapat member yang tak kamcheng jer dengan aku
-takut nanti bebudak lain ingat aku budak kecik 

YA ALLAH kuatkanlah semangat dan diriku ketika menjalani segala cabaran dan ujian yang kau berikan pada hambamu ini.............


4 January 2012

sekolah.. i'm back!!!

takda apa yang diceritakan just nak share.. barang sekolah yang telah dibeli..





31 December 2011

bye 2011

2012
2011
2010
yoo.. esok genap tahun baru 2012 .. and kita perlu say good bye to 2011.. kenangan 2010 semakin hari semakin tenggelam.. oh josh! sepanjang aku hidup ini.. aku paling sayang sekali kenangan time 2010.. ermm.. tahun ini azam apa erk ?? 

azam 2012
  • nak  dapat result yang terbaik dalam SPM
  • nak jadi baik dari tahun lepas
  • nak kurangkan gedik *insyaallah
  • nak kurangkan kutuk ikan buntal or jibang *insyaallah
want to say goodbye to 
ruru , riri , didi , mike , nadiah or tutu 

siapa lagi erk ?? lupa arr..
k bye.....




13 November 2011

my name

hello hello.. nak cerita ni.. hari tu tiqa cakap dengan aku pasal group korea baru "my name".. so aku tengok lah music bank tengok dorang nyanyi lagu message and aku terpesona tengok sorang ni.. then aku cari maklumat pasal dia.. nama dia se yong..


7 July 2011

birthday kim beom




Today ! kim beom oppa birthday.. sangeil chuka oppa.. muak muakk.. 22 years old da dia sekarang tapi kat korea umur dia 23.. omg omg.. whatever pun stay cute kemboom... peace!! Love u u u... 7 july 2011....

14 June 2011

mario = dongjun ??



Baru lepas habis usha cerita crazy little thing called love.. cite thai.. piloyy yang suggest kat tiqa tengok cite ni then tiqa suggest lak aku tengok cite.. okayyy.. not bad cite dia.. pelakon yang handsome..  cite yang menarik... and bila aku tengok tengok lama lama.. aku terperasan something yang muka hero dia or nama sebenarnya mario maurer muka dia  ada ala ala muka dongjun zea loh...  








12 June 2011

min woo & jeongmin BOYFRIEND




aku tengah bengang ni.. bodos nya fiqa.. arghh.. aku baru nak cakap yang aku minat minwoo ahli boyfriend bukak sekolah ni dengan tiqa.. suddenly aku bukak je fb tadi aku tengok yang dia pakai muka minwoo kat profile pix dia.. omg.. errrrrrr geram nya aku......... selain minwoo tu aku minat jeongmin jugak.. sooo dua ekor natang tu aku punya okeeeee!!
MIN WOO'S BOYFRIEND
JEONGMIN'S BOYFRIEND


23 May 2011

boys over flower dorawa !!

Boy over flower kembali lagi di kbsw.. omg! Kim bum handsome nya.. faktor faktor nya menyebabkan aku nak tengok cita tu sebab de kim bum arghh!! I love u kim bum..............................
kim bum oppa !


taisetsu na koto wa subete kimi ga oshiete kureta

Cita seterus nya yang aku dok usha.. drama taisetsu na koto wa subete kimi ga oshiete kureta atau bahasa orang puteh nya  I Learned All the Important Things from You.. sekali lagi haruma miura ada.. hehe~~




14 sai no haha

Next cita aku tengok 14 sai no haha atau dalam english nya 14 years old mother.. cam biasa haruma miura yang berlakon.. favourite aku tuh..



21 May 2011

kimi ni todoke

Arghhh..omg.. kimi ni todoke... movie ni.. haruma miura belakon......okee la cite...haruma miura handsome gilaaaa...tapi aku bau je tengok part 1...hee~~ esok esok nak sambong lagi tengok cite ni...



8 May 2011

Jenny & juno

Baru lepas habis tengok cite ni.. sweet nye laki dalam cite ni... best kalau dapat laki macam dia.. bertanggungjawab tol.. dah la comel grrr!! peace!!